KATA ALUAN GURU BESAR


Assalamualaikum,

Salam 1 Malaysia
Salam Melaka Bandaraya Bersejarah
Salam Melaka Negeriku Sayang
Salam Melaka Bandar Berteknologi Hijau

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan izinNYA dan limpah kurniaNYA, blog Sekolah Kebangsaan Menggong dapat dibangunkan bersama dengan tanggungjawab dan komitmen yang tinggi daripada setiap warga pendidik SK Menggong secara langsung atau tidak langsung. Dengan berkat usaha inilah, maka Blog SK Menggong dapat dibangunkan dengan jayanya

Blog ini merupakan manifestasi bahawa pihak sekolah sentiasa komited dalam menguruskan dunia pendidikan seiring zaman globalisasi dan maklumat hujung jari yang semakin rancak berkembang.Dalam era teknologi yang semakin canggih ini, cara berkomunikasi dan cara pencarian dari segi pembelajaran dan pengajaran serta penyebaran maklumat dapat dilakukan dengan pelbagai cara yang lebih mudah. Oleh itu, diharapkan segala perancangan dan aktiviti di SK Menggong dan sebarang maklumat atau informasi dapat dimanfaatkan dalam blog ini.

Akhir kata, saya menaruh harapan yang tinggi agar blog ini mampu dimanfaatkan oleh warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat dan pihak-pihak berkepentingan, sebagai medium komunikasi yang pantas dan berkesan dalam menyebar luas maklumat. Semoga kita mampu untuk melangkah bersama-sama bagi merealisasikan aspirasi Transformasi Pendidikan Negara


Sekian, terima kasih.

En. Mazlan Bin Md. Tab
Guru Besar
Sek. Keb. Menggong
78000 Alor Gajah
Melaka