Saturday 17 January 2015

MAJLIS MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN MURID TAHUN 6 DAN PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR SK MENGGONG 2015

Satu program telah diadakan pada 17 Januari 2015 bagi ibu bapa dan murid tahun 6 yang akan mengambil UPSR 2015 iaitu Program Motivasi Keibubapaan Dan Murid Tahun 6 Dan Program Kecemerlangan UPSR SK Menggong 2015 yang diadakan dipekarangan Kantin Sekolah SK Menggong.
Majlis tersebut telah dihadiri oleh penceramah jemputan iaitu Ustazah Rozita bt. Abdul Hamid, Guru Cemerlang Pendidikan Islam SMK Seri Pengkalan, Alor Gajah. Beliau telah memberi ceramah kesedaran kepada ibubapa dan murid tahun 6 dengan begitu baik dan cemerlang berdasarkan pengalaman-pengalaman beliau sebagai pendidik dan penceramah profesional.