Monday 16 February 2015

Anugerah Sijil Penghargaan Penyertaan Sekolah


Anugerah tersebut telah disampaikan pada 16 Februari 2015 dalam perhimpunan pagi Hari Isnin. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Cikgu Salwana bt Sabri (GPK 1 SK Menggong) kepada Pasukan Bola Baling SK Menggong kerana telah meyertai perlawanan Bola Baling Sekolah Rendah Kawasan Alor Gajah yang mana SK Menggong hanya mencapai peringkat Suku Akhir di SMK Tebong pada 26 dan 27 Januari 2015.
Cikgu Salwana bt Sabri juga telah menyampaikan anugerah Sijil Penghargaan kepada Pasukan Sepak Takraw SK Menggong kerana mendapat Naib Johan Sekolah Rendah di peringkat Kawasan Alor Gajah 2015.


Anugerah seterusnya ialah Sijil Puteri Bongsu untuk Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) yang telah disampaikan oleh En. Norizam bin Majid (GPK Kokurikulum SK Menggong. TAHNIAH diucapkan.