Wednesday 13 May 2015

TAKLIMAT SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI SUKAN SEKOLAH 2015


Taklimat diadakan di Makmal Komputer SK Menggong pada pukul 1.30 tengahari dan dihadiri oleh semua guru dan staff bagi membincangkan program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang akan diadakan pada 18 Mei 2015. Berbagai acara telah pun diatur bagi memeriahkan lagi dan diharapkan guru-guru dapat memberi kerjasama dalam menjayakan program tersebut. Taklimat tersebut juga membincangkan tentang Kejohanan Sukan Sekolah yang akan diadakan pada 28 Mei 2015 nanti. 
Taklimat tersebut telah berakhir dengan jayanya pada pukul 3.00 petang dan disampaikan cenderahati dari Kelab Staf SK Menggong untuk En. Mazlan Bin Md. Tab dan Pn. Salwana Sabri kerana melansungkan perkahwinan anak-anak mereka.