Monday 29 December 2014

MESYUARAT AWAL TAHUN UNTUK GURU SK MENGGONG 2015

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 29 Disember 2014 (Isnin). Mesyuarat telah dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan ucapan aluan Guru Besar SK Menggong iaitu En. Mazlan Bin Md Tab.
Beliau banyak menyentuh tentang Dasar Pendidikan Negara dan Cabaran Pendidikan Masa Kini disamping mengingatkan guru tentang integriti. Pn. Salwana bt Sabri (GPK1) telah membentangkan aktiviti kurikulum, Jadual Waktu Guru dan Takwin Sekolah 2015. Dalam mesyuarat tersebut juga, En. Mat Asli bin Asri (GPK (HEM) telah menyentuh tentang pengurusan murid pada tahun 2015. En. Norizam Bin Majid (GPK Kokurikulum) telah menyentuh tentang Takwim Kokurikulum 2015 bagi SK Menggong. Jamuan pada mesyuarat tersebut telah dibiayai oleh Guru Besar. Mesyuarat telah berjalan dengan jayanya dan tamat pada pukul 1.00 tengahari.