Tuesday 30 December 2014

PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG MURID TAHUN 1 SK MENGGONG TAHUN 2015

Program tersebut telah diadakan pada tarikh 30 Disember 2014 (Selasa) dan dihadiri oleh semua penjaga Tahun 1 dan murid-murid Tahun 1 di SK Menggong pada pukul 8.30 pagi.
Objektif program ini dijalankan adalah untuk mendedahkan murid Tahun 1 kepada suasana persekolahan dan membantu murid Tahun 1 menyesuaikan diri dengan persekitaran ruang pembelajaran yang baru. Ia juga memberi ruang dan masa untuk murid Tahun 1 mengenali dan menyesuaikan diri dengan guru-guru mereka serta mengukuhkan kemahiran membaca, menulis dan mengira mereka untuk dipraktikka secara lebih intensif.

Dalam program tersebut, Cikgu Ramli Bin Bidin selaku Penyelaras Program Transisi Tahun 1 2015 telah menjalankan tugas beliau dengan cemerlang. Dalam majlis tersebut Guru Besar SK Menggong iaitu En. Mazlan Bin Md Tab telah menerangkan kepada ibu bapa yang hadir tentang perjalanan Program sekolah sepanjang 2015. YDP PIBG Sekolah Menggong juga berkesempatan berucap pada majlis tersebut dimana beliau mengucapkan syukur kerana ibu bapa dapat menunaikan tanggungjawab untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan berharap ibu bapa dapat memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk menjalankan program yang telah diatur. Majlis tersebut telah selesai pada pukul 10.30 pagi