Friday 23 January 2015

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK MENGGONG 2015

Majlis ini telah disambut oleh semua warga SK Menggong pada 23 Januari 2015 dengan dirasmikan oleh Guru Besar SK Menggong iaitu En. Mazlan bin Md Tab.
Majlis telah dimulai seawal pukul 7.30 pagi dengan membaca surah Yaasin dan bersalawat. Selepas itu semua warga SK Menggong telah berarak mengililingi padang sekolah sambil bersalawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pelajar-pelajar selepas itu didedahkan dengan tontonan video klip "Perjuangan Rasulullah SAW". Selepas itu pelajar dikehendaki menjawab kuiz  berpandukan video yang telah ditonton. Program tersebut telah berjalan dengan jayanya dan berakhir pada pukul 10.30 pagi