Monday 26 January 2015

Tahniah Kejayaan UPSR (Bahasa Malaysia) 100%

Sekalung tahniah buat Cikgu Ramli Bidin kerana telah mencapai kejayaan dengan mengekalkan 100% dalam Bahasa Malaysia UPSR 2014.
Anugerah tersebut telah disampaikan pada 26 Januari 2015 oleh Pn. Rosni Bt Mahadi ( SISC+ Matematik / Sekolah Rendah PPD Alor Gajah ) yang hadir bersama-sama dalam perhimpunan pagi hari Isnin. Beliau sempat memberi ucapan kepada semua murid dengan memberi semangat terutamanya murid-murid Tahun 6 yang bakal menduduki UPSR 2015.