Monday 2 February 2015

Perasmian Program NILAM SK Menggong 2015

Program tersebut telah diadakan pada 2 Februari 2015 (Isnin). Slogam program pada tahun ialah "Banyak Membaca, Banyak Pengetahuan". Matlamat program ini dilancarkan adalah untuk mewujudkan budaya membaca dikalangan warga SK Menggong.
Program ini telah dirasmikan oleh En. Mazlan Bin Md. Tab, Guru Besar SK Menggong. Dalam ucapan beliau mengingatkan semua warga SK Menggong agar tanamkan budaya suka membaca kerana membaca itu adalah jambatan ilmu.