Saturday 31 January 2015

LADAP - Penghasilan Bahan PdP dalam VLE FROG Untuk Guru-Guru SK Menggong 2015

Program tersebut telah diadakan pada 31 Januari 2015 di Makmal Komputer SK Menggong. Antara pengisian dalam program tersebut ialah Mengimbas kembali tentang Pengenalan Frog, Surat Siaran Arahan Pelaksanaan, Instrument Pemantauan Frog VLE, Pelan Strategik, Pelan Tindakan.
Selepas itu semua guru telah didedahkan kembali tentang Gambaran keseluruhan VLE FROG. Setelah itu barulah guru membina bahan PdP dalam VLE FROG. Program tersebut mendapat kerjasama sepenuhnya oleh guru-guru SK Menggong dengan jayanya. Fasilitator yang membantu dalam program tersebut ialah En. Norizam Bin Majid (PK Kokurikulum) dimana beliau merupakan bekas Pegawai Teknologi Pendidikan PKG.