Monday 18 May 2015

SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU SK MENGGONG TAHUN 2015

Tarikh : 18 Mei 2015
Hari : Isnin
Masa : 7.40 pg - 11.40 pg
Perasmi : En. Mazlan bin Md. Tab (Guru Besar SK Menggong)

Program ini aialah untuk meraikan guru SK Menggong Sempena Hari Guru setiap tahun yang jatuh pada 16 Mei. Program ini juga adalah untuk membalas jasa guru-guru yang tidak ternilai yang mencurah bakti mendidik.

Wednesday 13 May 2015

TAKLIMAT SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI SUKAN SEKOLAH 2015


Taklimat diadakan di Makmal Komputer SK Menggong pada pukul 1.30 tengahari dan dihadiri oleh semua guru dan staff bagi membincangkan program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang akan diadakan pada 18 Mei 2015. Berbagai acara telah pun diatur bagi memeriahkan lagi dan diharapkan guru-guru dapat memberi kerjasama dalam menjayakan program tersebut. Taklimat tersebut juga membincangkan tentang Kejohanan Sukan Sekolah yang akan diadakan pada 28 Mei 2015 nanti. 

Tuesday 12 May 2015

Tahniah Julaina !!!!!


Tahniah diucapkan kepada Julaina dari Murid Pendidikan Khas SK Menggong kerana telah menjadi Naib Johan Bagi Kejohanan Bowling Bawah 14 Tahun Negeri Melaka Untuk Kelas Pendidikan Khas. TAHNIAH!!!!!!















Saturday 9 May 2015

LATIHAN DALAM PERKHIMATAN (LADAP) BIL 2/2015 - KURSUS ASAS SENIBINA TAMAN

Kursus ini dihadiri oleh semua Warga Guru dan Staf SK Menggong pada 09 Mei 2015. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan tentang senibina dan rekabentuk lanskap dan taman. Fasilitator jemputan ialah En. Faiz dan En Ariffin dari Kolej Komuniti Selandar, Melaka. Semua yang hadir telah memberi kerjasama dengan cemerlang dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.