Tuesday 17 February 2015

Taklimat Dialog Prestasi SK Menggong Bagi Program Transformasi Pendidikan Daerah (TPD) Bil. 2/2015

Taklimat tersebut telah diadakan pada 17 Februari 2015 di Makmal Komputer SK Menggong. Taklimat yang bermula pada pukul 2:00 petang itu tertumpu kepada Penataran Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan Guru Dan Pemimpin Sekolah.

Monday 16 February 2015

Anugerah Sijil Penghargaan Penyertaan Sekolah


Anugerah tersebut telah disampaikan pada 16 Februari 2015 dalam perhimpunan pagi Hari Isnin. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Cikgu Salwana bt Sabri (GPK 1 SK Menggong) kepada Pasukan Bola Baling SK Menggong kerana telah meyertai perlawanan Bola Baling Sekolah Rendah Kawasan Alor Gajah yang mana SK Menggong hanya mencapai peringkat Suku Akhir di SMK Tebong pada 26 dan 27 Januari 2015.

Friday 13 February 2015

Tahniah kepada Cikgu Mohamad Firdaus bin Punader

Seluruh Warga SK Menggong mengucapkan tahniah kepada Cikgu Mohamad Firdaus bin Punader kerana isterinya telah selamat melahirkan putera sulung pada tarikh 13 Februari 2015 pukul 5.51 petang. Diharapkan Cikgu Firdaus dapat menjalankan tanggung jawab dengan sempurna sebagai seorang ayah dan didoakan anak yang baru lahir itu menjadi seorang yang beriman. Amin... Selamat Bercuti 7 Hari dan Tahniah diucapkan sekali lagi....

Thursday 12 February 2015

Taklimat Dialog Prestasi SK Menggong Bagi Program Transformasi Pendidikan Daerah (TPD) Bil. 1/2015

Taklimat tersebut telah diadakan pada 12 Februari 2015 di Makmal Komputer SK Menggong. Taklimat yang diadakan pada pukul 2.00 ptg bertujuan untuk menerangkan tentang Dialog Prestasi yang mana ianya merupakan salah satu komponen utama di bawah inisiatif Transformasi Pendidikan Daerah (TPD).

Wednesday 11 February 2015

SK Menggong Naib Juara Permainan Sepak Takraw Sekolah Rendah Peringkat Kawasan Alor Gajah Melaka 2015


Tahniah kepada pasukan Sepak Takraw Murid SK Menggong kerana mendapat Naib Juara bagi Sekolah Rendah Kawasan Alor Gajah. SK Menggong telah dikalahkan oleh SK Gangsa diperlawanan akhir di Stadium Mini Tertutup, Kompleks Sukan Stadium Hang Jebat pada 11 Februari 2015.

Wednesday 4 February 2015

Selamat bertugas kembali Cikgu Shahnizah Watti Bt Hashim

Selamat bertugas semula Cikgu Shahnizah Watti Bt Hashim dari cuti bersalin. Warga SK Menggong mengucapkan tahniah kerana beliau selamat melahirkan anak ke 3 dan kembali bertugas pada 4 Februari 2015. Semua anak didik pra sekolah menunggu kehadiran cikgu untuk mengajar semula. Tahniah diucapkan

Monday 2 February 2015

Perasmian Program NILAM SK Menggong 2015

Program tersebut telah diadakan pada 2 Februari 2015 (Isnin). Slogam program pada tahun ialah "Banyak Membaca, Banyak Pengetahuan". Matlamat program ini dilancarkan adalah untuk mewujudkan budaya membaca dikalangan warga SK Menggong.