Saturday 31 January 2015

LADAP - Penghasilan Bahan PdP dalam VLE FROG Untuk Guru-Guru SK Menggong 2015

Program tersebut telah diadakan pada 31 Januari 2015 di Makmal Komputer SK Menggong. Antara pengisian dalam program tersebut ialah Mengimbas kembali tentang Pengenalan Frog, Surat Siaran Arahan Pelaksanaan, Instrument Pemantauan Frog VLE, Pelan Strategik, Pelan Tindakan.

Monday 26 January 2015

Tahniah Kejayaan UPSR (Bahasa Malaysia) 100%

Sekalung tahniah buat Cikgu Ramli Bidin kerana telah mencapai kejayaan dengan mengekalkan 100% dalam Bahasa Malaysia UPSR 2014.

Friday 23 January 2015

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SK MENGGONG 2015

Majlis ini telah disambut oleh semua warga SK Menggong pada 23 Januari 2015 dengan dirasmikan oleh Guru Besar SK Menggong iaitu En. Mazlan bin Md Tab.

Monday 19 January 2015

MAJLIS PEMASYURAN PEMIMPIN KECIL SK MENGGONG SESI 2015



Majlis ini telah diadakan pada 19 Januari 2015 di Kantin Sekolah adalah merupakan satu majlis rasmi sekolah untuk memaklumkan secara rasmi kepada seluruh warga sekolah tentang pelantikan murid yang memegang jawatan :
1.   Pengawas Sekolah
2.   Pengawas Perpustakaan
3.   Pengawas SPBT

Saturday 17 January 2015

MAJLIS MOTIVASI KEIBUBAPAAN DAN MURID TAHUN 6 DAN PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR SK MENGGONG 2015

Satu program telah diadakan pada 17 Januari 2015 bagi ibu bapa dan murid tahun 6 yang akan mengambil UPSR 2015 iaitu Program Motivasi Keibubapaan Dan Murid Tahun 6 Dan Program Kecemerlangan UPSR SK Menggong 2015 yang diadakan dipekarangan Kantin Sekolah SK Menggong.

Tuesday 13 January 2015

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR SK MENGGONG 2015

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 13 Januari 2015 di Makmal Komputer SK Menggong. Mesyuarat telah bermula pada pukul 2.30 petang telah dipengerusikan oleh Pn. Salwana bin Sabri (GPK1) bagi membentangkan aturcara Program Kecemerlangan UPSR 2015 dan program-program yang dirancang untuk murid-murid Tahun 6 sepanjang tahun 2015. Antara yang hadir ialah semua pentadbir dan guru yang mengajar Tahun 6 bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Monday 5 January 2015

MESYUARAT KURIKULUM, HAL EHWAL MURID DAN KOKURIKULUM SK MENGGONG TAHUN 2015

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 05 Januari 2015 (Isnin) dan dihadiri oleh semua pentadbir dan guru-guru SK Menggong. Objektif mesyuarat tersebut ialah untuk membentangkan Carta Organisasi Kurikulum, HEM dan Kokurikulum yang dibentangkan oleh semua Guru Penolong Kanan SK Menggong.